Kuruskan Badan Dengan Cepat Menggunakan Suplemen, Menghilangkan Toksin Dan Amalkan Pemakanan Yang Sihat


garcinia widget

Jika anda sedang berusaha untuk kuruskan badan, sudah tentu  anda mahu mendapatkan hasil yang segera. Dengan pelbagai idea fad diet, produk suplemen untuk mengurangkan berat badan  di pasaran , pelbagai petua dan program – program latihan seperti senaman dan sebagainya semua menjanjikan penurunan berat badan dalam masa tertentu yang boleh menyebabkan tekanan dan kadang-kadang  mengelirukan. Artikel ini bertujuan untuk membantu dan membimbing anda untuk mencapai objektif anda dengan betul dan menerangkan tentang beberapa isu yang sukar difahami mengenai penurunan berat badan dengan cepat dan selamat.

LaporanAdakah anda kesuntukan masa dan ingin tahu bagaimana untuk menguruskan badan dengan segera? Klik di sini untuk membaca laporan tentang keberkesanan Garcinia Cambogia dan Green Coffee Bean Extract

Mengawal Selera Makan Dengan Mengamalkan Pengambilan Garcinia Cambogia

gambar garcinia cambogia

Bagi kebanyakan individu, halangan terbesar untuk menguruskan badan ialah untuk menghadkan selera makan mereka. Ia menjadi semakin sukar untuk menahan makan terutama apabila badan kita memberitahu kita yang kita memerlukan lebih makanan. Ini menyebakan wujudnya  trend baru dalam  suplemen  untuk mengurangkan berat badan di pasaran . Antara produk suplemen yang semakin popular di pasaran sekarang ialah Garcinia Cambogia.

Garcinia Cambogia adalah sejenis buah tropika yang menyerupai rupa labu kecil dan hidup subur di hutan lembap di Asia Tenggara dan Pantai India. Ia menjadi semakin popular setelah didapati dapat membantu menghalang keupayaan badan dalam membentuk lemak dan juga dapat mengawal selera makan yang berlebihan. Kini suplemen Garcinia Cambogia sudah boleh didapati di Malaysia, hanya WhatsApp +60173322987 untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Beberapa kajian sudah dijalankan bagi membuktikan keberkesanan buah ini dalam mengurangkan berat badan. Ia mengandungi bahan aktif yang dipanggil asid hydroxycitric atau HCA yang dapat meningkatkan keupayaan membakar lemak dengan efektif dan juga mengawal selera makan. HCA juga akan menghalang lyase sitrat , sebuah enzim yang digunakan oleh badan untuk membina lemak . Ia juga dapat meningkatkan tahap serotonin dan membantu mengurangkan rasa lapar.

Garcinia Cambogia juga mempunyai manfaat tambahan seperti membantu mengurangkan insulin dan meningkatkan tahap kolestrol baik. Ini adalah salah satu faktor mengapa pesakit diabetes memilih untuk mengamalkan Garcinia Cambogia selain daripada kelebihannya untuk mengurangkan berat badan. Walau bagaimanapun, adalah sangat penting, untuk berbincang dengan pakar atau doktor anda sebelum mengambil suplemen Cambogia Garcinia ini terutama bagi individu yang mengambil ubat- ubat lain untuk tujuan mengawal gula dan tahap kolestrol darah dalam badan.

online store logo

Leptin Dan Kesannya  Pada Berat Badan

kesan leptin

Leptin adalah hormon yang ditemui oleh ahli-ahli sains dua dekad lalu. Ia sering dirujuk sebagai hormone kelaparan (starvation hormone) , pakar-pakar kecergasan dan pemasaran telah menganggap bahawa Leptin akan menjadi salah satu kunci  dalam proses mengurangkan berat badan. Berita ini berterusan sehingga hari ini, sehingga di internet dan laman web berkaitan kesihatan, kurus dengan cepat dan sebagainya juga turut menjual suplemen yang mengandungi Leptin ini. Tetapi adakah fakta yang digembar-gemburkan ini benar belaka ataupun sekadar gimik baru untuk menarik perhatian mereka yang ingin kurus? Adakan Leptin benar-benar dapat membantu anda mengurangkan berat badan dan mencapai berat yang anda impikan?

Hormon Leptin diproses dalam bentuk sel- sel lemak, bergerak dalam aliran darah dalam badan dan masuk ke otak. Ia menyediakan fungsi yang sama seperti thermostat. Pada asasnya, ia memberitahu otak kita bahawa badan kita sudah pun mempunyai tenaga yang mencukupi untuk meneruskan aktiviti harian. Setiap individu mempunyai leptin yang berbeza, jika kurang maka otak kita akan menganggap tenaga kita rendah dan menyebabkan kita terpaksa menahan lapar.

Apabila anda kurang makan dan berat badan pun turut berkurang, sel- sel  lemak kehilangan lemak untuk menghasilkan  leptin maka jumlah leptin yang terhasil dalam badan pun berkurang. Otak akan memberitahu anda lapar dan ia bertindak balas dengan mengaktifkan sel- sel  lain untuk bekerja keras dengan kekurangan tenaga yang dihasilkan oleh badan kita. Ini termasuklah rangsangan sel vagus ataupun dikenali sebagai saraf penyimpanan tenaga. Apabila saraf vagus diaktifkan, ia akan membuatkan anda berasa lapar, maka anda akan makan dengan lebih banyak. Objektifnya ialah untuk menggantikan jumlah leptin yang hilang dan mencapai jumlah leptin yang lebih lagi untuk badan anda.

Masalah mula timbul apabila otak tidak memberikan tindak balas kepada leptin, fenomena yang dipanggil halangan leptin. Terdapat kes di mana otak terus berfikir anda memerlukan lebih banyak leptin walaupun leptin dalam badan mencukupi. Semakin  berat badan anda bertambah, tahap leptin akan menjadi lebih tinggi menyebabkan anda makan dengan lebih. Dalam bahasa yang ringkas, otak anda memberitahu anda sentiasa dalam keadaan lapar.

Jadi apakah peranan leptin dalam membantu anda dalam mengurangkan berat badan? Secara ringkas, memberikan leptin kepada individu yang mempunyai tahap leptin yang rendah akan membantu mengurangkan selera makan dan meningkatkan tahap leptin mereka. Malangnya, ia tidak berhasil seperti mana yang kita mahu. Ini kerana hormon leptin dibuat daripada lemak tisu, di mana ia terhasil lebih banyak apabila berat badan meningkat, dan bagi individu yang kurang tindakbalas kepada leptin,  suplemen leptin tidak mungkin membantu sepenuhnya.

Ini tidak bermakna leptin suplemen tidak mempunyai kebaikan postif yang lain kepada kesihatan kita. Kebanyakkan suplemen yang ada sekarang membantu kita memberi tindak balas terhadap leptin dengan lebih baik. Serat larut juga boleh didapati di dalam suplemen – suplemen ini, yang terbukti memberikan anda rasa lebih kenyang dengan lama.

Alternatif lain kepada suplemen leptin yang dinyatakan oleh pakar mencadangkan untuk menurunkan tahap insulin dan trigliserida dalam badan. Insulin dikaitkan dengan leptin, jadi langkah terbaik ialah menurunkan tahap insulin dengan mengurangkan pengambilan gula. Tahap trigliserida yang tinggi akan menganggu perjalanan leptin ke dalam ke otak melalui darah. Maka, dengan mengurangkan tahap trigliseda akan meningkatkan tindak balas otak terhadap leptin.

Kepentingan membuang toksin dalam badan

membuang toksik

Kajian menunjukan kandungan toksin yang banyak dalam badan akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolestrol.  Ini adalah perkara yang serius apabila ingin mengurangkan berat badan dan kesihatan badan secara menyeluruh yang tidak diambil penting oleh ramai orang. Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu.

Dalam dunia moden yang penuh dengan toksin  kini, adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya. Tetapi masih ada cara untuk untuk meningkatkan kebolehan detoksifikasi semulajadi badan. Badan kita bergantung kepada empat organ untuk mengeluarkan toksin, dan matlamat anda ialah untuk menjadikan proses detoksifikasi menjadi senang dan mudah

1. Membuang Air Kecil

Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda  jelas atau hanya mempunyai sedikit warna kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak air.

2. Membuang air besar

Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar degan mudah.

3. Mengeluarkan peluh

Kulit kita merupakan organ yang terbesar  dan memiliki berat sekitar enam paun. Kulit kita bertindak sebagai perlindungan di antara persekitaran luar dan dalam badan.Kulit juga penting untuk melindungi organ dan otot kita.  Ini bermakna, kulit kita merupakan antara salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan toksin dan kekotoran dalam badan. Bagaimana? Melalui peluh. Pakar  juga mencadangkan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu kita hendaklah mengeluarkan peluh seperti senaman dan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Pilihan lain bagi mereka yang tiada masa ialah, boleh mencuba sauna dan mandi wap.

4. Bernafas
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran seperti allergen. Bantu paru-paru anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.

Kurangkan Berat Badan Dengan Diet Yang Sihat

makanan yang sihat

Terdapat beberapa diet yang mungkin anda pernah dengar seperti diet yang dilakukan oleh Kim Kardashian yang baru lepas melahirkan anak dapat meghilangkan 31 Kg dalam masa empat bulan. Apa yang perlu diingatkan ialah keinginan untuk berdiet tanpa plan yang sesuai akan memudaratkan. Jika anda ingin menurunkan berat badan, adalah dinasihatkan supaya mencuba diet sihat yang dapat membantu mencapai matlamat anda tanpa membahayakan kesihatan.

Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet.

• Jangan melangkau waktu makan

• Banyakkan meminum air kosong

• Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.

•Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.

• Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.

• Catitkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.

Plan Latihan Untuk Mereka Yang Sentiasa Sibuk

senaman cepat

Alasan yang sering diberikan ramai individu untuk mengelak daripada bersenam ialah tidak mempunyai masa dan sibuk, antara alasan yang sudah banyak kali dipakai. Fikirkan berapa banyak masa yang terbuang setiap hari tanpa berbuat apa-apa atau melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika matlamat anda ialah untuk mengurangkan berat badan dengan cepat tanpa suplemen maka anda perlu jadikan senaman sebagai aktiviti utama dalam kehidupan seharian. Tidak kisah lah jika anda masih baru, di mana ada kemahuan tentu ada jalan, maka jangan katakan tidak pada senaman.

Cara mudah yang paling mudah dan senang ialah melalui senaman kardio dan latihan kekuatan. Kardio mampu membakar lemak dengan lebih banyak, maka ramai yang suka melakukan aktiviti seperti berjoging, atau berlari. Melakukan aktiviti kardio selama satu jam adalah digalakkan, termasuk memanas dan merehatkan badan.

Latihan kekuatan mesti dilakukan bersama dengan rutin senaman yang lain. Membina otot juga dapat mengurangkan berat badan , ia dapat membakar sekurang-kurangnya 6 kalori setiap kali kita membuat senaman otot. Latihan kompaun juga digalakkan kepada mereka yang baru dan ingin mencuba untuk bersenam dan mengurangkan berat badan. Senaman ini menggunakan lebih dari satu kumpulan otot untuk dilakukan dan dikatakan dapat meningkat kekuatan dan koordinasi antara bahagian-bahagian badan.

Ini merupakan satu plan latihan yang mudah  seperti diterangkan di atas. Kaum perempuan juga boleh mencuba senaman ini. Pastikan pada hari pertama, anda tentukan berapa berat yang anda mampu angkat untuk setiap senaman dan cuba tambah berat setiap kali anda bersenam  supaya otot anda dapat menyesuaikan dengan berat yang baru. Cuba lakukan ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, berselang –seli setiap sesi. (Isnin- Set A, Rabu – Set B, Jumaat Set A, Isnin Set-B dan seterusnya)

Set A (Sets X Ulangan)

3 X 5 Squats

3 X 5 Tekan Tubi

3 X 5 Deadlifts

 

Set B (Sets X Repetitions)

3 X 5 Squats

3 X 5 Bench Press

3 X 5 Power Cleans

Pengetahuan dan Komitmen

Bila kita membincangkan tentang isu mengurangkan berat badan dengan cepat, anda tidak boleh tersilap dalam memperlengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai kaedah sihat dan selamat  yang lain  untuk mengurangkan  berat badan dan meletakkan sepenuh komitmen kepada rutin yang telah anda tetapkan sendiri. Cepat tidak semestinya menjanjikan hasil yang baik dan menjadi pilihan terbaik. Tidak salah mengurangkan berat badan sedikit demi sedikit asalkan matlamat anda tercapai tanpa membahayakan kesihatan diri.

 

Like Us